Saya terkejut wang peruntukan RM380 Ribu dah habis - PKR Masjid Tanah pecah rahsia

Ketua Cabang PKR Masjid Tanah, Halim Bachik mendakwa dia dihubungi melalui Whatsapp oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin sebelum wanita itu mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.



  Menurut Halim perbualan itu bukan lah berkenaan politik tetapi hanya berbincang hal kebajikan rakyat walaupun berlainan parti kerana Mas Ermiyati adalah Ahli Parlimen di kawasan itu.

Namun beliau terkejut apabila Mas memberitahunya peruntukan RM380,000 tahun ini untuk DUN itu telah pun habis digunakan oleh pihak sebelum ini sejak April lalu.

Halim menyuarakan kebimbanganya bagaimana dia mahu menjaga kebajikan rakyat jika peruntukan tahun ini sudah pun habis digunakan.

sumber : dharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==